“…yang kita kehendaki barang yang tiada pada raja-raja yang lain, itulah yang hendak kita peristeri. Akan sekarang, kita hendak menyuruh meminang Puteri Gunung Ledang;…….” ).
Syarat pertama Air mata dara yang tidak berdarah, tujuh tempayan banyaknya, jawapannya: 7 tempayan air mata anak dara sunti
kesimpulannya; Melaka dizaman kurun ke 15 amat pesat keadaannya.ini menarik ramai kedatangan pelayar-pelayar asing dari dalam kepulauan melayu mahupun dari luar.Hendaknya dapatlah gadis-gadis melaka senantisa menjaga kehormatan diri mereka serta mengekalkan martabat kegadisan yang sentiasadipandang tinggi.
Syarat kedua Pinang bukan kawin tidak tua merah darah nya 7 tempayan banyaknya, jawapannya: 7 tempayan air pinang muda
kesimpulannya: pinang, antara pokok-pokok yang banyak ditanam ketika itu.Pelbagai kegunaan dari batang hingga ke pelepahnya ketika itu.mungkin anatara usaha Hang Tuah ketika itu ingin memajukan perusahaan berasaskan pokok pinang pastinya.Buahnya boleh dibuat bahan utama dalam resepi sireh orang dulu-dulu.
Syarat ketiga Merangkak bebas didataran, darah juga kehendaknya sifatnya 7 dulang banyaknya, jawapannya: 7 dulang hati hama
Kesimpulannya: hati hama ataupun mengikut sesetengah riwayat hati kuman hendaknya.Hama banyak melekat pada tilam-tilam ataupun dikawasan yang tidak pernah dibersihkan mahupun pada pakaian yang lama tidak dibasuh.Seringkali membawa penyakit seperti kudis buta ataupun kurap dan lain-lain penyakit kulit.Alangkah indahnya jika punca kepada penyakit-penyakit kulit ini dapat di basmi ketika itu..
Syarat keempatTerbang bebas diudara,darah juga kehendaknya ,sifatnya,7 dulang banyaknya, jawapannya: 7 dulang hati nyamuk
kesimpulannya; Nyamuk memanglah boleh dikatakan membawa penyakit.Pada ketika itu malaria ataupun denggi mungkin belum lagi dikenalpasti.Namun, tempat-tempat tadahan air yang terbiar seperti bekas-bekas kosong mahupun tempurung-tempurung kelapa boleh dijadikan tenpat membiaknya.Dengan ini rakyat akan lebih 'rajin' dalam membersihkan keadaan sekeliling rumah mereka dalam usaha mereka 'memburu nyamuk' atas titah diraja kelak.
Syarat kelima darah putih rakyat untuk menambat darh kuning dari tapak ke tahta, jawapannya: Jambatan perak dari melaka ke Puncak Gunung Ledang
Syarat keenam darah merah rakyat untuk menambat darah kuning dari tapak ke tahta, jawapannya: Jambatan emas dari melaka kepuncak gunung ledang
kesimpulanya: antara syarat ke 5 dan ke 6 ini dapat disimpulkan kepada satu tujuan.pembersihan!proses penyediaan bahan-bahan binaan nya amatlah tidak masuk akal sekali.Akan tetapi bayangkan, jika denai-denai laluan dibersihkan demi tujuan 'pembinaannya'.Bukankah akan menyenangkan lagi laluan pedagang-pedagang dari negeri lain yang mengunakan laluan darat?
Syarat ketujuh darah seguntang tetap mengalir, badan bersilih menanti,sebatil, jawapannya: Darah putera mahkota melaka raja Ahmad,semangkuk
Kesimpulannya; sudah pastilah antara yang ingin disampaikan oleh Hang Tuah ketika itu mesej asal dari gunung ledang itu sendiri.Sekadar peringatan dengan cara tarik rambut dalam tepung,agar tiada yang berselerak nanti.Sudah pasti permintaaan yang terakhir ini boleh 'menyegarkan' kembali ingatan sultan atas tanggungjawab utama baginda sebagai pemerintah Melaka bumi berdaulat ketika itu.
No comments:
Post a Comment